Microsoft pecat lebih 1,900 staf dari jabatan permainan video

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Microsoft kini telah memecat lebih 1,900 staf mereka dalam jabatan permainan video.

Phil Spencer Ketua Pegawai Esekutif Microsoft Gaming mengatakan setiap staf yang dibuang akan mendapat sokongan dan pampasan yang setimpal.

Kontroversi juga muncul apabila pemecatan ini berlaku selepas bekas Ketua Pegawai Esekutif Blizzard Bobby Kotick dibayar pampasan sebanyak AS$400 juta sebelum dibuang kerja.

“Kami akan sentiasa melabur ke bahagian yang boleh menjana perniagaan dan untuk memberi sokongan kepada lebih banyak permainan video dan pemain seluruh dunia,” ujar Phil Spencer.

Satu kenyataan juga dibuat Mike Ybarra Presiden Blizzard bahawa dia juga akan berhenti dari jawatanya.

 

Keputusan menurunkan tenaga kerja ini adalah dari 1,900 staf dari 22,000 jumlah staf yang ada.

Permainan video kelangsungan hidup Blizzard juga dibatalkan apabila seluruh staf jabatan itu dilepaskan.

Bulan ini sahaja lebih kurang 5,000 staf dari pelbagai syarikat permainan video seluruh dunia dipecat.

Riot Games sendiri telah memecat lebih 11% tenaga kerja mereka.

RELATED NEWS

+