Paradox Interactive mengumumkan Cities: Skylines 2

Baru-baru ini, Paradox Interactive mengumumkan bahawa permainan simulasi pembangunan bandar popular, Cities: Skylines akan menerima sekuel iaitu Cities: Skylines II.

Di Paradox Announcement Show 2023, Cities: Skylines II akan meninggalkan generasi konsol lama dan akan dilancarkan secara ekslusif di Playstation 5 (PS5), Xbox Series X|S dan PC.

Ia akan dilancarkan pada tahun ini.

Cities: Skylines II akan mendapat penambahan yang banyak terutama sekali dari segi sistem pengangkutan dan ekonomi secara menyeluruh. 

Paradox Interactive turut berpendapat bahawa Cities: Skylines II akan menjadi permainan simulasi pembangunan bandar paling realistik pernah dicipta.

Permainan yang asal dilancarkan pada 2015 sudah mempunyai banyak kandungan tambahan (DLC) dikeluarkan dan baru-baru ini menerima versi penambahbaikan (remastered) di konsol PS5 dan Siri Xbox.

RELATED NEWS

+