Pelancaran Steam Deck ditangguh

Valve hari ini mengumumkan pelancaran bagi PC mudah alih mereka, Steam Deck, terpaksa ditangguhkan selama dua bulan. 

Pengumuman penangguhan ini diumumkan melalui akaun rasmi Steam Deck, menyatakan bahawa pelancaran peranti berkenaan akan ditangguhkan daripada bulan Disember kepada bulan Februari tahun depan. 

“Kami memohon maaf mengenai hal ini,” kata pihak Steam melalui blog mereka. “Kami sudah melakukan yang terbaik untuk tangani isu bekalan global, tetapi berikutan kekurangan bahan, komponen tidak sampai ke fasiliti pembuatan kami dalam masa yang ditetapkan untuk memenuhi tarikh awal pelancaran.”

Steam Deck adalah PC mudah alih yang menumpukan permainan yang mempunyai pelbagai konfigurasi daripada model asal yang dijual bermula AS$399 (RM1,661) sehingga versi termahal AS$649 (RM2,700).

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+