Pemain Dota ini menyenaraikan ratusan pepijat Dota 2 agar permainan dapat disempurnakan

Seorang pemain Dota 2 dari Rusia menyenaraikan segala pepijat dan masalah yang terdapat dalam Dota 2 sejak 3 tahun lalu. Pengguna yang bernama Astiberon ini sanggup meneliti segala butiran dalam permainan dengan teliti dan melaporkannya kepada Valve dan Reddit agar isu itu menerima perhatian dan dibaiki oleh Valve.

Menurut Astiberon, dia sangat menyukai Dota 2 jadi dia ingin permainan kegemarannya berada dalam keadaan sempura sekali.

“Kenapa saya buat begini? Saya sangat menyukai permainan ini dan saya mahu ia menjadi sempurna,” kata Astiberon dalam salah satu perkongsian Redditnya.

“Saya mula bermain Dota 2 pada 2016 dan saya sudah bermain kira-kira 11,000 jam sejak itu. Saya sering bermain Turbo, tetapi saya tahu hampir semua ciri dan mekanik permainan, disebabkan ini, saya boleh mencari pelbagai pepijat dalam permainan dengan mudah.”

Sebagai contoh, ini salah satu laporan Astiberon mengenari paparan pengguna berkaitan buff  dan debuff.

 

Setakat ini, Astiberon sudah menemui lebih daripada 60 isu buff dan debuff yang salah untuk 122 hero, lebih daripada 30 isu penceritaan keupayaan yang hilang, tujuh huraian item yang salah dan beberapa pepijat keupayaan yang rosak.

Usahanya diterima dengan baik oleh komuniti Dota 2, tetapi dia masih belum mendapat maklum balas daripada Valve mengenai senarai pepijat terkini.

Tetapi dia mempunyai harapan bahawa pasukan pembangun akan melihat laporannya dan meluangkan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sumber rujukan: Reddit

RELATED NEWS

+