Pemain RSG Malaysia, Iris digantung selama sebulan, dipotong elaun

Pemain RSG Malaysia, Muhammad Izz Daniel Zaidi (Iris) digantung dari bermain selama sebulan dan dipotong elaun selama sebulan.

Menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook, RSG Malaysia berkata Iris terlibat dalam satu insiden gangguan dalam talian dan didapati bersalah.

RSG Malaysia turut mengatakan mereka memandang serius akan hal ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain melakukan kesalahan.

Walaupun RSG tidak menulis secara spesifik mengenai penggantungan itu, namun kita sedia maklum MPL MY berlangsung esok jadi kemungkinan Iris tidak akan bermain di MPL selama sebulan.

RELATED NEWS

+