"> " /> " />

Pemain VALORANT Malaysia, Riza kini bersama DSG, skuad streamer popular, Disguised Toast

Pemain VALORANT Malaysia, Sirajul Azrie atau Riza menyahut cabaran baru menyertai pasukan streamer popular, Disguised Toast.

Pasukan Disguised (DSG) itu baru-baru ini menjalankan kerjasama strategik dengan Bleed Esports dari Singapura. Justeru, bekas roster VALORANT dari Bleed kini bernaung di bawah DSG.

“Peluang ini jarang ada, lagi-lagi selepas lebih enam bulan berlatih pada tahun 2023. Saya mengambil peranan baru sebagai kapten dalam permainan (IGL), ia bukan mudah pada mulanya.

“Saya pernah rasa mahu mengalah tapi pada akhirnya saya nekad. Ini bukan peluang yang selalu ada di Asia Tenggara ataupun MY/SG dan saya gembira apabila menjadi salah seorang pemain terpilih untuk roster hebat ini.

“Kami kejar hanya satu matlamat kini, iaitu memenangi VCT Ascension 2024,” kata Riza yang merupakan satu-satunya pemain Malaysia dalam roster dibarisi pemain -pemain Singapura itu.

DSG memulakan kembara VALORANT mereka di VCT MYSG Split 1 dan kini di fasa kedua yang akan bermula pada 3 Februari dan 4 Februari.

Empat pasukan teratas akan ke kejohanan utama dan berpeluang rebut RM90,000 hadiah wang tunai terkumpul.

Riza sebelum ini bersama skuad tempatan, Team Path. Pasukan itu akan menghadapi VCT MYSG Split 2 kerana tidak berjaya mara ke fasa dua di Split 1.

RELATED NEWS

+