Selepas kontroversi yang melanda semasa Grand Final untuk acara Valorant di Sukan SEA, akhirnya Indonesia dan Singapura sah akan berkongsi pingat emas.
Ia bermula selepas pasukan Indonesia membuat protes terhadap pasukan Singapura mendakwa bahawa mereka menyalahgunakan pepijat (bug abuse) semasa dalam perlawanan.
🇮🇩 Team Indonesia has forfeited the grand final of the 32nd Southeast Asian Games.
Juanita “Valezka” Tanjung, the brand ambassador for Indonesia in the SEA Games, stated that the team’s decision to forfeit is aimed at “upholding the nation’s dignity and considering the… pic.twitter.com/aRvLrGyk6f
— VALO2ASIA (@VALO2ASIA) May 11, 2023
Mungkin ramai tidak tahu, tetapi di VALORANT terdapat ejen yang dikenali sebagai Cypher. Salah satu kebolehan Cypher adalah menggunakan kamera untuk melihat posisi pihak lawan.
Semasa perlawanan di antara Indonesia dan Singapura, Cypher meletakkan kameranya di satu posisi yang membolehkan Cypher melihat pihak musuh semasa fasa membeli (buying phase).
Ia memberikan satu kelebihan buat pasukan yang menggunakan Cypher kerana mereka akan tahu bahawa pihak lawan akan menyerang di A Site.
@justbmt Membalas @wardal55 penjelasan singkatnya seperti ini yah, bahkan pemain sampai pukul 04.00 subuh hari baru keluar dari venue. #singapore #seagames2023 #valorant #valorantclips #valorantindonesia #indopride🇮🇩 ♬ suara asli – JustB
Tindakan ini menyebabkan pasukan Indonesia untuk melakukan protes lalu menarik diri daripada perlawanan Grand Final.
Pada mulanya Indonesia menarik diri kerana Singapura melanggar peraturan tentang penyalahgunaan pepijat tetapi tidak dikenakan hukuman. Mereka juga mahu menjaga martabat negara.
Mereka masih akan menerima pingat perak walaupun menarik diri daripada perlawanan itu.
Namun beberapa jam tadi, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) menawarkan kepada pasukan Indonesia untuk berkongsi pingat emas dengan pasukan Singapura.
Pihak Indonesia menerima tawaran itu kerana mereka mahu menjaga hubungan antarabangsa di antara Indonesia dan Singapura.
🇮🇩 Indonesia and 🇸🇬 Singapore will receive joint-gold medals in the VALORANT event at the 32nd Southeast Asian Games, it has been announced by Frengky Ong, the Secretary General of the Indonesian Esports Central Board (PBESI).
“So our complaint was heard by the NOC, SEAGAF, and… pic.twitter.com/oxIQ8VRIut
— VALO2ASIA (@VALO2ASIA) May 11, 2023
Ini adalah edisi pertama untuk VALORANT di Sukan SEA di mana hanya satu acara sahaja yang dipertandingkan iaitu acara berpasukan.