Pencipta PlayerUnknown’s Battlegrounds Bakal Bawakan Game Baru Ke PS4

Tak sampai pun setahun Player Unknown’s Battlegrounds dikeluarkan, pembangunnya, Bluehole dilaporkan dalam persiapan membangunkan satu lagi judul terbaru di Playstation 4 dan Switch.

Berita baiknya, kedua-dua game itu dikhususkan untuk pasaran Asia. Bagaimanapun, nama permainan video itu belum lagi didedahkan kerana masih berada dalam peringkat awal dan sedang dibangunkan.

Ia juga didapati tidak dibangunkan mengikut konsep PUBG dan juga Tera. 

Apa yang pasti, jika Bluehole memberi sentuhan mereka sendiri dalam game terbaru ini, tak mustahil ia akan meletup di pasaran sama seperti PUBG.

RELATED NEWS

+