PUBG: Battlegrounds akan menjadi permainan percuma tahun depan

Krafton hari ini mengambil pentas The Games Awards mengumumkan bahawa mereka akan mengalih struktur permainan PUBG: Battlegrounds di PC dan konsol kepada permainan percuma.

PUBG: Battleground Free-to-Play akan tiba di PC, PS4, PS5, Xbox Series X dan Xbox One pada 12 Januari 2022.

Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan akaun premium untuk PUBG: Battleground yang dikenali sebagai Battleground Plus dengan harga US$12.99 (RM54.77).

Battleground Plus akan memberikan beberapa kelebihan tambahan seperti:

  • Bonus 1,300 G-COIN
  • Penggalak Survival Master XP +100 peratus
  • Tab Karier-Medal
  • Mod Ranked
  • Fungsi Custom Match
  • Barang dalam permainan seperti set Captain’s Camo

Mereka yang sudah membeli dan menaik taraf kepada Plus, akan menerima Pek Peringatan Istimewa termasuk set kulit Battle-Hardened, pan Shackle and Shanks Legacy dan plat nama Battle-Hardened Legacy.

Pihak Krafton akan membuka pra-daftar bagi mereka yang berminat untuk ingin mencuba versi baharu permainan itu.

Selain itu, anda juga akan diberi beberapa aktiviti dengan ganjaran di dalam permainan. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+