Pencipta senjata Leviathan Axe dalam God of War meninggal dunia

George Mawle adalah salah seorang pencipta Leviathan Axe yang sudah menjadi salah satu senjata baru ikonik dalam dunia God Of War (2018).

Leviathan Axe kini diterima sebagai antara senjata unik di dalam God Of War.

Geoge Mawle meninggal dunia pada 2 September lepas dan rakan sekerjanya di Santa Monica Studio memberi penghormatan terkakhir untuk beliau di media sosial.

Cory Barlog juga direktor kreatif juga mengucapkan takziah untuk mendiang.

Barlog juga memberitahu Mawle dan Vince Napoli yang berjaya membuatkan ramai peminat God Of War suka dengan Leviathan Axe yang pada mulanya ramai sangat skeptikal kerana Kratos tidak menggunakan Blade of Chaos sebaliknya senjata baharu.

Adakah pemergian Mawle akan membuatkan God Of War Ragnarok sedikit lambat nanti.

Kita berharap God Of War Ragnarok pasti akan meletak peringatan untuk George Mawle di dalam God Of War Ragnarok nanti.

RELATED NEWS

+