Pendaftaran MPL MY musim ke-10 kini dibuka

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) menjadi salah satu acara yang mengumpulkan pasukan profesional dari negara masing-masing untuk bertarung di antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara, trofi serta wang hadiah lumayan terkumpul.

MPL MY musim lalu menyaksikan pasukan Todak meraih gelaran juara buat kali kedua.

Mereka adalah satu-satunya pasukan Malaysia yang memegang trofi kali kedua.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Kini pendaftaran untuk musim kesepuluh dibuka kepada umum dan akan bermula pada 23 Jun sehingga 3 Julai ini.

Manakala, peringkat kelayakan akan bermula pada 7-9 Julai nanti.

Apakah nasib yang akan melanda pasukan Geek Fam di peringkat kelayakan nanti memandangkan mereka gagal ke peringkat playoff pada musim lepas dan menyebabkan mereka kehilangan slot mereka di musim terbaru ini.

Siapakah yang bakal menjadi juara MPL MY musim ke-10 nanti? Adakah kita akan melihat muka baru di peringkat kelayakan MPL MY kali ini? Kita bakal saksikan.

 

RELATED NEWS

+