Peniru Among Us kini lebih popular dari Among Us – Goose Goose Duck

Goose Goose Duck adalah permainan yang sama seperti Among Us.

Sebaliknya menjadi krew alien pelik anda menjadi angsa.

Semua ini bermula apabila artis BTS Tae-hyung bermain Goose Goose Duck dan terus menaikkan populariti permainan ini.

Pemain sangat ramai sehingga ramai orang memaksa pencipta Goose Goose Duck untuk menaikkan kapasiti orang dalam server.

Baru-baru ini sahaja SteamDB menunjukkan Goose Goose Duck mempunyai 640,324 pemain semalam sahaja dengan 50 ribu pemain yang bermain pada setiap masa.

Berbanding dengan Among Us yang hanya berjaya mencapai 447,476 pemain setiap masa dua tahun lepas.

Ada suatu masa permainan ini mengalahkan Apex Legends.

Nampaknya, penangan K-pop mungkin menjadi punca permainan ini terkenal.

Anda boleh bermain Goose Goose Duck di semua pelantar Android, iOS, MacOS dan Windows.

RELATED NEWS

+