5 permainan video kasual untuk memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kini berbeza dengan dua tahun lepas.

Fasa endemik kini sudah bemula.

Sebenarnya banyak permainan video yang boleh dimainkan dalam talian dan ketika anda mengunjung ke rumah saudara mara di hari Aidilfitri.

Ini adalah permainan video/mudah alih yang anda boleh cuba menjelang lebaran:

1. MOBA di peranti pintar

Wild Rift, Mobile Legends dan Pokemon Unite boleh menjadi permainan utama untuk berkumpul bersama. Bukan hanya ML namun Pokemon Unite dan Wild Rift mampu menawarkan permainan yang menyeronokkan dan kelainan dari segi gameplay.

Pokémon UNITE | Pokémon UNITE official website

2. Overcooked 1 dan 2

Overcooked adalah siri multi-ppemain yang sangat laju dan boleh menjadi sangat kelam kabut. Permainan simulasi ini memerlukan kerjasama anda antara keluarga mahupun rakan anda.

Overcooked 2 pula lebih banyak peringkat, kostum chef, resepi dan halangan yang tidak masuk akal bakal ditempuh.

Lebih menarik, ia boleh dimainkan sehingga lapan orang di Nintendo Switch.

3. Call of Duty: Mobile

Call of Duty: Mobile adalah permainan menembak yang berjaya menempatkan nama di dalam industri peranti mudah alih.

Berasal daripada francais popular Call of Duty dan sangat sesuai untuk dimainkan pada Hari Raya Aidilfitri kelak bagi mereka yang inginkan aksi.

4. Among Us, Cluedo dan Werewolf

Seperti kita tahu permainan video sosial seperti ini memerlukan elemen kerjasama dan kepercayaan.

Ketiga-tiga permainan ini sangat popular kerana dapat menimbulkan keraguan dan memberi hiburan pada masa lapang dan keluarga.

Jangan lupa cari Impostor dan Werewolf nanti masa Hari Raya.

5. Pokemon GO

Pengurangan peraturan ketat endemik kini membuatkan Pokemon GO menjadi lebih sesuai untuk dimainkan.

Komuniti Pokemon GO sebenarnya masih wujud dan kuat sehingga kini.

Anda boleh menangkap Pokemon yang berada di mana-mana di alam maya menggunakan lokasi dunia nyata.

Banyak sebenarnya permainan video yang sesuai dimainkan pada Hari Raya nanti jangan lupa untuk isi gelak tawa bersama di rumah sewaktu kunjung Aidilfitri nanti.

RELATED NEWS

+