Anugerah berprestij streamer dicemari chat tidak senonoh – Twitch

TheGrefg adalah seorang streamer dari Sepanyol yang juga antara streamer terkenal di Twitch.

Dia mempunyai lebih dari 20 juta pelanggan di YouTube dan lebih 11 juta pengikut di Twitch.

Walaupun tidak menggunakan Bahasa Inggeris, TheGrefg adalah salah satu streamer paling popular.

Premios ESLAND atu acara besar dunia stream dianjurkan oleh Grefg dan sudah semestinya untuk acara besar sebegini dia tersilap langkah dalam menunjukkan chat dari Twitch.

Acara ini dibuat di Auditorio Nacional yang juga salah satu auditorium terkenal di Mexico City.

Untuk acara sebesar ini, sudah semestinya chat dari Twitch adalah satu perkara berbahaya penuh dengan spam yang tidak sesuai untuk siaran langsung.

Ini yang terjadi. Mohon jaga-jaga.

Seorang individu di ruangan chat itu menghantar satu bentuk ASCII yang menunjukkan kemaluan karakter dari Among Us.

Sepatutnya TheGrefg sudah bersedia untuk perkara sebegini namun sebaliknya yang berlaku.

RELATED NEWS

+