Penulis Jujutsu Kaisen mahu tamatkan sirinya tahun ini

Penulis kepada manga Jujutsu Kaisen, Gege Akutami mahu menamatkan siri popular itu pada tahun ini.

Akutami membuat pengumuman itu di Weekly Shonen Jump semasa sambutan menyambut tahun baru (Lunar New Year).

“Selamat Tahun Baru, alangkah baiknya kalau dapat menamatkan cerita (Jujutsu Kaisen) pada tahun ini,” ujar Gege Akutami.

Walaupun pengumuman itu dilakukan pada awal tahun, masih ramai peminat Jujutsu Kaisen merasakan bahawa dia tidak akan sempat untuk tamatkan cerita itu pada tahun ini.

Ini kerana perjalanan cerita di dalam siri Jujutsu Kaisen nampak seperti belum tamat.

Tetapi di dalam bab 221 dan 222 yang dikeluarkan baru-baru ini, ramai berpendapat bahawa Akutami benar-benar mahu menamatkan siri itu.

Secara ringkas, kebanyakan ahli Jujutsu High kini sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan musuh utama mereka iaitu Sukuna dan Kenjaku.

Gege Akutami gemar menggunakan “time skip” di mana masa di dalam cerita itu akan bergerak dengan lebih pantas untuk terus pergi ke plot yang seterusnya.

Lazimnya, di dalam One Piece, time skip berlaku dalam tempoh masa yang lama iaitu selama dua tahun.

Tetapi di Jujutsu Kaisen, time skip hanya berlaku untuk beberapa hari, minggu atau bulan.

Masih ramai menantikan konklusi Jujutsu Kaisen yang tidak boleh dijangka peminat.

Bukan itu sahaja, siri televisyen Jujutsu Kaisen musim kedua akan ditayangkan pada 6 Julai.

Ramai peminat tidak sabar untuk melihat Gojo Satoru semasa muda, kisah Toji Fushiguro dan kejadian di Shibuya yang akan mengubah dunia Jujutsu Kaisen.

RELATED NEWS

+