Musim kedua Jujutsu Kaisen akan memasukkan kisah Shibuya Incident

Toho Animation mengumumkan musim kedua anime Jujutsu Kaisen yang akan memasukkan Shibuya Incident Arc.

Musim baru ini akan menggunakan khidmat pelakon suara Yuji Itadori, Megumi Fushiguro dan Nobara Kugisaki dan tarikh pelancarannya adalah pada 2023 menerusi 14 episod.

Kisah Shibuya ini akan menyambung selepas apa yang berlaku pada musim pertama dan dua watak utama akan melawan musuh di Shibuya.

Selain itu, The Star Plasma Vessel Arc juga ditampilkan pada musim kedua ini yang mengikuti Satoru Goju dan rakan-rakan sekelasnya, sedekad sebelum peristiwa musim pertama.

RELATED NEWS

+