Perlawanan HomeBois SG vs Bleed SG catat rekod tontonan serentak tertinggi dalam sejarah MPL SG

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Singapura (MPL SG) musim keenam baru saja bermula hujung minggu lalu. 

Minggu pertama menyaksikan rekod baharu untuk tontonan serentak di mana perlawanan HomeBois SG dan Bleed SG mencatatkan 12,585 tontonan serentak (PCV) mengikut data Esports Charts.

Ia adalah PCV tertinggi dalam sejarah musim liga MPL SG dan 65% lebih tinggi dari perlawanan paling banyak ditonton pada musim lalu. 

Lebih 100 peminat tiba di Zenway Studios esports arena bagi memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka. Tiket pra-pendaftaran tersedia secara mingguan dan ia percuma mengikut ‘siapa cepat dia dapat’ dan peminat berpeluang memenangi in-game items dan skin epic.

HomeBois SG menunjukkan dominasi dengan kemenangan 2-0 dan lima mata agregat. Mereka mendahului papan pendahulu liga setakat minggu pertama.

Bagi format pula, ia akan dimainkan dalam format Best of Three (BO3) single round-robin manakala di playoffs akan dimainkan ‘double elimination’ yang mana empat pasukan teratas akan ke upper bracket dan empat tercorot ke lower bracket.

Bagi mengikuti lebih lanjut mengenai perkembangan liga ini, boleh layari mereka di FacebookInstagramTikTokTwitch, dan YouTube serta Group FB rasmi mereka.

 

RELATED NEWS

+