Perlu Ke Bersenam Untuk Gamers? Pelajar Universiti Ini Bersenam Untuk Tingkatkan Fokus Masa Main Game

Media selalu mengempar-gempurkan bermain video game membawa banyak risiko negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental seseorang pemain seperti obesiti, kurang tidur dan kemurungan.

Namun, gambaran biasa yang terlintas di fikiran semua apabila melihat orang bermain game adalah orang yang selalu duduk di sofa atau kerusi berjam-jam lamanya terpaku di skrin komputer mahupun telefon pintar.

Sejujurnya, game boleh meningkatkan kesihatan mental tetapi tabiat duduk di satu tempat dalam satu tempoh lama boleh memudaratkan badan.

Semasa berada di #XPAXKEK Zon Timur, MyGameOn bertemu dengan presiden Kelab Inovasi Sukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Hazim bin Harun untuk berkongsi sedikit sebanyak petua untuk bermain game secara sihat.

Baca lagi: 3 Kaedah Untuk Memupuk Gaya Healthy Gaming Untuk Pelajar Dan Pemain

Pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kerja Sosial di UniSZA, Terengganu giat bermain game selepas selesai peperikssaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

‘Terpulang kepada pengurusan diri’

Wakil universiti tekun bermain Dota 2 di #XPAXKEK Zon Timur

Apabila ditanyakan tentang tohmahan bermain game membuang masa dan boleh memudaratkan kesihatan, dia menjawab perkara ini jatuh kepada gaya hidup individu sendiri.

“Bagi saya, ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk cuba menguruskan diri dia. Dulu, saya pun sendiri pernah mengalami situasi ini tetapi setelah melihat kesannya, saya cuba berubah.”

“Walaupun saya masih lagi bermain game setelah masuk universiti, pelajaran saya baik dan saya berjaya capai keputusan dekan. Alhamdulilah,” kata pelajar yang gemar bermain Dota 2 dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Senaman ringkas untuk persediaan 

KOMPETITIF: Hazim (tengah) bersama Muhammad Azri bin Idrus, pelajar Sains Komputer (belakang kiri), Tinesh Kalai Chelvam, pelajar Perakaunan (belakang kanan), Shakirin Shukor, pelajar Pentadbiran Bisnes (Kewangan Islam) (depan kiri) dan Amirul Hakim Azman, pelajar Kewangan Islam (depan kanan).

Hazim berpesan, “Untuk jaga kesihatan, sebolehnya kita boleh buat regangan terlebih dahulu atau senaman ringan bagi persediaan sebelum bermain game.”

Pelajar berusia 23 tahun berkongsi petua untuk seimbangkan pembelajaran dan bermain game. “Bila kita dapat assignment dari pensyarah, kita patut buat terus tanpa menangguh-nangguhkan tugasan diberi.”

“Lagi satu, berikan fokus penuh semasa berada dalam kelas kerana kita kan gamer, jadi kita boleh kurangkan sedikit masa ulangkaji sebab kita sudah beri tumpuan utama dalam kelas,” kata Hazim.

Dari segi penerimaan ibu bapa, Hazim kata ibu bapanya tidak menghalang untuk bermain game tetapi dengan satu syarat, “Kalau kita tunjuk prestasi terbaik dan buktikan kepada mereka bahawa kita boleh imbang antara game dan pelajaran serta jaga hati dan sentiasa buat baik kepada mereka, maka ia tiada masalah. Mereka tetap menyokong saya sepenuhnya.”

Hazim juga berjinak-jinak bermain game secara kompetitif malah dia layak ke #XPAXKEK Zon Timur untuk Dota 2 bersama rakan-rakan taulan terdiri dari pelbagai jurusan di peringkat ijazah sarjana muda mewakili UniSZA yang bertempat di UniSZA pada 12 dan 13 April lepas.

Kempen #HealthyGaming adalah initiatif yang dilaksanakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan produktif bagi menjana pembangunan e-sukan dan industri permainan digital negara.

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan pihak UniSZA atas kerjasama menganjurkan #XPAXKEK

Ikuti MyGameOn di Facebook dan Instagram serta saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+