Karakter Demo Cyno dikeluarkan – Genshin Impact

General Mahamantra kini sudah hadir untuk membantu anda di padang pasir Sumeru.

Genshin Impact memperkenalkan karakter DPS baharu iaitu Cyno.

Cyno adalah karakter lima bintang berelemen Electro dengan senjata Polearm.

Karakter ini adalah salah seorang penyelidik untuk Sumeru Akademiya.

Dia juga bertemakan rekaan dewa Anubis dari mitologi Mesir.

Skill Cyno

Elemental Skill:

Secret Rite: Chasmic Soulfarer

Cyno akan membuat satu tujahan ke hadapan dan membuat electro damage kepada musuh.

Dia kemudian akan mendapat Pactsworn Pathclearer yang akan berkait dengan Elemental Burst.

Elemental Burst:

Sacred Rite: Wolf’s Swiftness

Cyno akan memanggil satu roh yang akan bergabung dengan Cyno.

Pactsword Pathclearer: Setiap serangan Normal, Charged dan Plunge akan ditukarkan ke electro damage.

Serangan ini juga akan menaikkan Elemental Mastery Cyno termasuk resistance kepada gangguan dan juga imuniti dari reaksi Electro Charged.

Kuasa ini akan bertahan selama 18 saat.

Pasif Cyno

Featherfall Judgement

Apabila Cyno menggunakan Pactsworn Pathfinder dia akan menyerang menggunakan gerakan Endseer dan menaikkan damage Secret Rite: Chasmic Soulfarer sebanyak 35% dan menembak tiga Dustalker Bolts yang membuat damage sebanyak 50% daripada attack Cyno sebagai electro damage.

Dustalker Bolts akan dikira sebagai elemental skill damage.

Nampaknya Cyno bakal menggunakan artifact baharu Gilded Dreams yang memberi fokus kepada Elemental Mastery dan reaksi yang meningkatkan damage reaksi Elemental.

Dua karakter Sumeru baharu:

HoYoverse juga memperkenalkan dua karakter baharu untuk kemas kini seterusnya iaitu Nahida sebagai Dendro Archon dan Layla.

Nantikan Cyno untuk kemas kini terbaharu Genshin Impact hari ini.

RELATED NEWS

+