dibatalkan secara rasmi."> dibatalkan secara rasmi." /> dibatalkan secara rasmi." />

Permainan Gusti “Tanpa Had” WWE 2K Battlegrounds Diumumkan

Permainan video gusti WWE kebelakangan ini tidak lagi menjadi fenomena yang disambut ramai penggemar permainan video. WWE 2K20 mendapat banyak kritikan kerana penuh dengan masalah teknikal dan baru-baru ini, WWE 2K21 pula telah dibatalkan secara rasmi.

Walaubagaimanapun, permainan gusti baharu tetap diumumkan. Saber Interactive telah mengumumkan WWE 2K Battlegrounds, sebuah permainan gusti yang lebih fokus kepada aspek arked dan tidak menitikberatkan realisme.

Tarikh pelancaran tepat masih belum diumumkan tetapi judul ini dijadualkan untuk tiba pada musim luruh 2020 (hujung September sehingga hujunh Disember). Sama ada permainan ini akan dilancarkan untuk konsol sahaja atau PC sekali juga belum diumumkan.

Permainan ini diterbit oleh 2K Games yang juga merupakan penerbit kepada siri permainan WWE 2K dan NBA 2K. Nampaknya mereka ingin mengambil masa untuk membangunkan permainan WWE 2K seterusnya agar tidak menjadi kegagalan seperti WWE 2K20.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+