Borderlands 3 rasmi diumumkan oleh Gearbox Software selepas beberapa tahun menyepi. Satu tweet melalui akaun rasmi Borderlands di Twitter mendedahkan Borderlands bakal dilancarkan pada 13 September 2019. Walaupun tweet itu telah dibuang, korang boleh lihat gambar yang sempat ditangkap oleh PC Gamer."> Borderlands 3 rasmi diumumkan oleh Gearbox Software selepas beberapa tahun menyepi. Satu tweet melalui akaun rasmi Borderlands di Twitter mendedahkan Borderlands bakal dilancarkan pada 13 September 2019. Walaupun tweet itu telah dibuang, korang boleh lihat gambar yang sempat ditangkap oleh PC Gamer." /> Borderlands 3 rasmi diumumkan oleh Gearbox Software selepas beberapa tahun menyepi. Satu tweet melalui akaun rasmi Borderlands di Twitter mendedahkan Borderlands bakal dilancarkan pada 13 September 2019. Walaupun tweet itu telah dibuang, korang boleh lihat gambar yang sempat ditangkap oleh PC Gamer." />

Rumor: Borderlands 3 Dikhabarkan Bakal Dikeluarkan Pada September 2019 Di Epic Games Store

Pada minggu lepas, kami melaporkan Borderlands 3 rasmi diumumkan oleh Gearbox Software selepas beberapa tahun menyepi. Satu tweet melalui akaun rasmi Borderlands di Twitter mendedahkan Borderlands bakal dilancarkan pada 13 September 2019. Walaupun tweet itu telah dibuang, korang boleh lihat gambar yang sempat ditangkap oleh PC Gamer.

“Mayhem” merujuk kepada Borderlands 3 kerana perkataan banyak digunakan dalam trailer acah dan juga penjelasan keselurhan game looter shooter ini.

Selain itu, seorang pengguna Twitter, Wario64 berkata Borderlands 3 mungkin dilancarkan di Epic Games Store menurut video iklan yang telah dibuang di Twitter. Logo Epic Games Store muncul di gambar bawah tanpa kehadiran logo Steam yang selalunya lazim untuk pelancaran game PC.

Menurut 2K Games iaitu penerbit kepada siri Borderlands, wakil mereka enggan untuk memberi sebarang komen. “Kami tiada apa-apa untuk diumumkan buat masa sekarang tetapi kami mempunyai perkara yang mahu dikongsikan tentang Borderlands 3 pada 3 April,” ditulis oleh 2K Games dalam emel kepada PC Gamer.

Ketua pegawai eksekutif Gearbox, Randy Pitchford berkata tarikh pelancaran Borderlands 3 sudah ditetapkan dan bakal diumumkan pada 3 April ini.

Tarikh keramat 3 April memberi makna besar kepada siri Borderlands kerana Borderlands 1: Game of The Year akhirnya akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One yang menggabungkan semua kandungan DLC dalam satu pakej manakala Borderlands: The Handsome Collection (mengandungi Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel) bakal menikmati peningkatan visual 4K secara percuma untuk PC, PS4 Pro dan Xbox One.

RELATED NEWS

+