XCOM: Chimera Squad Akan Tiba Di PC Pada 24 April 2020

Siri permainan video XCOM terkenal dengan cara permainan taktikal turn-based yang sangat mengasyikkan. Sebuah judul baru dari siri tersebut baru sahaja diumumkan dan ia akan tiba pada minggu depan.

2K Games (penerbit) telah mengumumkan XCOM: Chimera Squad yang akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 24 April 2020. Menurut Firaxis (pembangun), ia bukan sebuah sekuel mahupun penambahan kepada XCOM 2 tetapi projek baharu yang digunakan untuk terokai cara permainan dan teknik penceritaan baharu.

Dalam XCOM: Chimera Squad, anda akan mengawal sekumpulan pihak penguatkuasa khas yang mempunyai ahli manusia dan juga makhluk asing. Tugasan anda adalah untuk memastikan keamanan di City 13 dikekalkan.

City 13 merupakan sebuah bandar di mana manusia dan makhluk asing hidup secara bersama dengan harmoni. Tetapi, keamanan ini sentiasa terancam kerana ada banyak pihak yang mahu memusnahkan keharmonian di bandar tersebut.

Cara permainan asas judul ini masih sama dengan judul-judul XCOM sebelumnya tetapi terdapat beberapa penambahan baharu yang menarik. Antaranya ialah fasa breach di mana anda akan posisikan ahli-ahli skuad sebelum menceroboh bangunan yang digunakan oleh pihak musuh.

Pada waktu ini, 2K Games dan Firaxis tidak menyatakan hasrat untuk mengeluarkan XCOM: Chimera Squad untuk konsol dan platform lain selain PC. Anda boleh pra-tempah judul ini di Steam pada harga tawaran istimewa RM29.50. Harga asal ialah RM59. Tawaran ini akan berakhir pada 2 Mei 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+