Permainan Horizon Forbidden West yang hampir siap sudah tertiris

Antara permainan PlayStation 5 yang ditunggu oleh orang ramai pada tahun ini adalah sambungan kepada permainan dunia terbuka siri Horizon iaitu Horizon Forbidden West. Permainan ini menawarkan visual yang menarik dan pasti akan menyambungkan plot cerita mantap yang ditinggalkan oleh Horizon Zero Dawn.

Namun, bagi peminat yang menunggu permainan ini, anda disarankan berhati-hati kerana sudah terdapat tirisan permainan ini yang tular di media sosial.

Menurut VGC, permainan yang tertiris ini adalah sah dan mengandungi dekat 80% aset dan kandungan yang akan digunakan dalam permainan lengkap nanti.

Rentetan itu, segala tirisan yang dijumpai di media sosial sudah diturunkan atas arahan Sony. Ini memberi implikasi bahawa tirisan itu adalah benar dan Sony ingin mengelakkan insiden spoiler seperti yang berlaku pada The Last of Us 2.

Setakat ini, permainan ini tidak dikongsi di laman web perkongsian, tetapi yang pasti adalah Sony akan lebih berhati-hati tentang kejadian ini kerana ia pernah berlaku dengan permainannya dahulu.

Horizon Forbidden West akan dilancarkan di PlayStation 5 pada 18 Februari.

Sumber rujukan: Gameort

RELATED NEWS

+