Sony perkenalkan peranti mudah alih Project Q

Sony secara rasminya mengumumkan PlayStation mudah alih bagi memudahkan anda bermain permainan video PlayStation 5.

Peranti baru ini digelar sebagai Project Q.

Dengan peranti ini anda boleh strim dan bermain kesemua permainan video PS5 anda melalui Remote Play dengan Wi-Fi.

Project Q mempunyai skrin HD sebesar 8 inci dan kesemua butang alat kawalan DualSense.

Lebih spesifik, skrin LCD boleh menampung permainan video PS5 beresolusi 1080p dengan 60FPS melalui Wi-Fi.

Alat kawalan itu juga akan mempunyai adaptive trigger dan maklum balas haptik Dual Sense.

Tetapi peranti ini hanya untuk orang yang mempunyai PS5 sahaja.

RELATED NEWS

+