Permainan Kad Digital Dari Valve Iaitu Artifact Akan Hadir Ke Steam Pada November

Valve bercadang untuk mengeluarkan game lagi. Tapi mesti korang terfikir game apa kan?

Ia adalah permainan kad digital iaitu Artifact (macam Hearthstone) yang akan dilancarkan pada 28 November di Steam.

Artifact akan dilancarkan di Linux, Mac dan Windows PC pada November. Bagi versi iOS dan Android, ia dijadualkan untuk 2019. Di Steam, ia dipasarkan dengan harga $19.99.

Valve mengumumkan Artifact di The International tahun lalu. Permainan kad digital itu berasaskan dunia Dota 2 dan direka oleh Richard Garfield yang mencipta Magic: The Gathering. Artifact akan dipasarkan dengan lebih 280 kad, bermakna pemain boleh membeli dan menjual menerusi marketplace di Steam.

Sumber: Polygon

 

RELATED NEWS

+