Dota 2 akhirnya tambah fungsi ‘surrender’ GG macam League of Legends

Fungsi surrender atau menyerah kalah sudah lama menjadi topik hangat untuk ramai pemain Dota 2.

Ada orang bersetuju kerana dari membazir masa anda lebih baik terus masuk ke queue lain.

Tapi ada yang tidak bersetuju kerana permainan Dota 2 boleh menjadi sangat berbeza dengan comeback.

Valve baru-baru ini memperkenalkan fungsi “GG” dan menyerah kalah selepas 30 minit berlawan.

Lain daripada League of Legends, peminat Dota 2 sentiasa perlu menghabiskan perlawanan tidak kira anda menang atau kalah.

Akhirnya perkara ini dapat diubah dan ditambah untuk party dengan lima pemain.

Pemain kini boleh menyerah kalah dengan menaip “gg” di chat.

Akan muncul satu masa dalam 10 saat dan permainan akan berakhir apabila masa 10 saat itu habis.

Pasukan mana yang menulis “gg” dahulu akan kalah dan pemain juga boleh juga menaip “gg” semula untuk membatalkan masa 10 saat itu.

Tambahan selain fungsi menyerah kalah, Valve juga membuat beberapa perubahan terhadap sistem padanan perlawanan (matchmaking).

1. Party penuh kini akan berjumpa dengan mana-mana party. Mereka tidak lagi perlu menunggu untuk hanya berlawan dengan parti penuh yang lain.

2. Matchmaking juga diubah untuk memastikan pemain party penuh tidak perlu menunggu terlalu lama.

Walaupun party penuh dapat bermain lebih cepat, mereka akan berhadapan dengan perlawanan yang kadang-kadang tidak seimbang.

Pemain yang parti seramai dua orang dan tiga orang mungkin akan berjumpa dengan pemain party penuh lima orang.

Perubahan ini adalah ujikaji baru dari Valve dan mereka akan membuat perubahan kelak mengikuat keadaaan.

RELATED NEWS

+