Permainan ‘penembak generasi hadapan’, Crysis 4, diumumkan

Siri Crysis amat terkenal dengan grafiknya yang sungguh menawan. Ini semestinya memerlukan kuasa pemprosesan yang hebat seperti GPU dan CPU yang gagah. Disebabkan itu, muncullah sebuah meme dari zaman 2000 iaitu “Can it run Crysis?“.

Pembangun siri itu kini mengumumkan sambungan kepada permainan itu, Crysis 4.

Crytek, pembangun Crysis, melancarkan video acah ringkas bersama pengumumannya, yang tidak menampilkan permainan. Pembangun permainan yang berpangkalan di Frankfurt, Jerman menggelar Crysis 4 sebagai “penembak generasi seterusnya”, dan nampaknya Crytek akan melibatkan pemainnya secara langsung ke arah pembangunan Crysis 4.

Menurut Arni Yerli, CEO Crytek, mereka ingin mendengar pendapat pemain agar dapat memenuhi jangkaan pemain dan peminat siri ini.

“Crysis adalah sangat penting kepada ramai orang. Ia digemari oleh pemain di mana-mana sahaja, dan sesetengah daripada mereka yang bekerja dalam industri hari ini melakukannya kerana permainan asal kami,” kata Yerli.

“Jadi kami ingin memastikan permainan seterusnya dalam siri itu memenuhi semua jangkaan anda. Pastikan anda melibatkan diri di media sosial kami!”

Permainan pertama dalam siri ini, Crysis, dilancarkan pada November 2007 pada Windows PC, diikuti oleh Crysis 2 dan Crysis 3 masing-masing pada 2011 dan 2013. Crytek mengeluarkan versi remaster Crysis asal pada tahun 2020, dan melancarkan semula trilogi ini pada tahun lepas.

Sumber rujukan: VGC

TAGS

RELATED NEWS

+