Permainan PlayStation mungkin akan tiba di Netflix

Selepas pengumuman Netflix dengan tambahan kandungan permainan, terdapat laporan menyatakan bahawa PlayStation akan membawa tajuk-tajuk besar mereka di platform penstriman itu.

Dilaporkan di VGC, pemeriksa data, Steve Moser, mendedahkan terdapat citra jenama dan kandungan PlayStation di dalam kod aplikasi Netflix. Antara perkara menarik yang dijumpai ialah koleksi permainan Ghost of Tsushima dan penambahan sokongan alat kawalan DualShock.

Pembabitan PlayStation dalam gerakan Netflix ini adalah satu berita yang mengejutkan di mana akan memberikan kelebihan kepada lebih 200 juta pelanggan langganan platform itu. Secara tidak langsung, Netflix akan menyaingi platform permainan lain seperti Xbox, Google, Amazon dan lain-lain lagi. 

RELATED NEWS

+