PlayStation juga hentikan operasi dan penjualan permainan video di Rusia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selepas Electronic Arts kini Sony pula membuat langkah seterusnya dalam konflik Rusia dan Ukraine.

Hari ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan mereka juga akan menghentikan operasi dan penjualan permainan video di Rusia.

Hentian ini juga termasuk penghantaran konsol, penghantaran permainan dan juga operasi untuk PlayStation Store.

Setakat ini banyak lagi penerbit permainan video lain juga membuat langkah yang sama seperti Electronic Arts, Activition, Epic Games, dan lain-lain.

Sony Interactive Entertainment juga bakal melakukan sumbangan sebanyak AS$2 juta (RM4 juta) ke United Nation High Comssioner for Refugees (UNHCR) dan juga NGO, Save the Children untuk membantu mangsa tragedi ini.

RELATED NEWS

+