Pekerja saman Sony PlayStation atas dakwaan isu seksisme

Awal bulan ini Sony Playstation disaman oleh lapan pekerja wanita atas dakwaan isu seksisme di pejabat.

Mereka ini terdiri daripada yang masih bekerja dengan Sony dan ada yang sudah berhenti.

Saman itu adalah untuk diskriminasi terhadap pekerja wanita dan individu yang diidentifikasi sebagai wanita malah mereka memohon pampasan dan kenaikan pangkat serta menukarkan tradisi pekerjaan yang didominasi lelaki.

Menurut Axios, PlayStation mengambil serius terhadap tuduhan ini dan merekan akan mengenakan tindakan yang selanjutnya.

“Sony Interactive Entertainment (SIE) mengambil hal ini sangat serius.

“SIE juga sangat mementingkan nilai terhadap pekerja wanita mereka dan sentiasa proaktif dalam memastikan mereka menerima peluang untuk berkembang maju dan didengari,”

Walaupun begitu, Sony masih mahu mahkamah memberhentikan kes itu yang masih di dalam proses.

Sumber rujukan: Axios

RELATED NEWS

+