lapor IGN SEA."> lapor IGN SEA." /> lapor IGN SEA." />

Persona 4 Golden dilaporkan akan hadir ke PC pada 13 Jun

Judul Persona 4 yang sangat terkenal dengan plot dan karakter-karakternya dikhabarkan akan menerima port untuk PC, lapor IGN SEA.

Permainan video ini pada asalnya dilancarkan untuk PlayStation 2 dan turut diportkan ke PlayStation Vita. Sama dengan Persona 5 Royal, Golden menambah beberapa elemen terbaru untuk pengalaman permainan lebih menarik.

Menurut laporan itu lagi, ia dijadualkan untuk diumum di PC Gaming Show 2020.

Atlus selaku pembangun akan hadir ke acara tersebut untuk menunjukkan permainan keluaran mereka di PC.

Bagi judul-judul yang lama seperti Persona 3 dan terbaru, Persona 5 seharapnya akan turut dipertimbangkan dilancarkan di PC pada masa hadapan.

Sumber: IGN SEA

RELATED NEWS

+