SEGA Spring Sale 2024: Persona 5 Royal dan banyak lagi judul menarik dengan harga promosi

SEGA kini menganjurkan promosi terbaru mereka iaitu SEGA Spring Sale 2024 di platform PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Beberapa permainan video menarik di kedua-dua platform ini akan menerima diskaun dalam masa terhad. Yang paling menarik, Endless Dungeon akan dijual dengan harga promosi 30% untuk pertama kali.

 

Selain itu, judul seperti Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name, Two Point Hospital: JUMBO Edition dan Persona 5 Royal juga turut menerima diskaun.

Promosi ini hanya akan berlangsung sehingga 24 April ini sahaja jadi pastikan anda mendapatkannya sebelum terlambat.

RELATED NEWS

+