Persona 3 Remake tidak akan memasukkan protagonis perempuan

Persona 3 Reloaded adalah entri terbaharu dari Atlus yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Remake kepada Persona 3 yang asal ini membuatkan ramai peminat tertunggu-tunggu tapi penulis pasti akan ada yang hampa kerana Atlus mengesahkan versi remake ini tidak akan memasukkan kandungan dari FES ataupun Portable.

Di Persona 3 FES, pemain akan disajikan dengan kandungan baharu The Answer, sebuah epilog yang mengakhiri perjalanan ahli member SEES itu. Portable pula adalah versi lebih ringkas namun sarat dengan kandungan baharu seperti pengenalan karakter protagonis perempuan atau FeMC yang dipanggil peminat.

FeMC ini memperkenalkan plot baharu dan juga hubungan romantik yang boleh diteroka.

Apa pun, Persona 3 Reloaded ini akan mempunyai grafik lebih cantik, karakter yang diubahsuai rekaan mengikut generasi moden dan lain-lain.

Ia akan dilancarkan di PlayStation, Xbox dan PC.

RELATED NEWS

+