Pertandingan Kohai Championship Musim-4 kembali!

Kohai Championship kini kembali untuk musim keempat.

Pertandingan ini sinonim sebagai pentas untuk pemain amatur dan separa profesional yang dianjurkan oleh Kohai di Malaysia.

https://scontent-kul2-1.xx.fbcdn.net/v/t39.30808-6/386519772_791596379646878_6431666479968077269_n.png?_nc_cat=106&ccb=1-7&_nc_sid=5f2048&_nc_ohc=osJwd8TQ6_8AX9WTr8k&_nc_ht=scontent-kul2-1.xx&oh=00_AfD3RVSpwPATRjE2SjRdKyg3dub4CGWd_1bqm_tKkQdjqw&oe=653DCED7

Kejohanan ini akan membawa 442 pasukan dan hanya 32 pasukan teratas akan layak ke playoffs.

Lapan pasukan teratas bakal sertai Kohai SEA Championship Musim 2 bersama-sama lapan pasukan teratas dari Kohai Infiniti Championship musim 2.

16 pasukan dari lapan kawasan MPL akan sertai Kohai SEA Championship.

13 pasukan jemputan dari kawasan ini akan sertai pertandingan manakala lagi tiga pasukan akan sertai Wild Card.

Tarikh Penting Kohai Championship Musim 4

Pusingan kelayakan – 21 dan 22 Oktober

32 Teratas – 2 November sehingga 5 November (BO3)

16 Teratas 9 November sehingga 11 November (BO3)

Suku Akhir – 11 November (BO3)

Separuh Akhir – 12 November (BO3)

Grand Final – 12 November (BO5)

Jumlah hadiah wang terkumpul untuk kejohanan ini adalah sebanyak RM15,000, satu peningkatan wang hadiah dari musim ketiga.

Juara bakal mendapat RM2,000 tunai dan baucar TNTCO bernilai RM3,500 berserta pingat dan slot ke Kohai SEA.

Naib Juara mendapat RM1,300 dan baucar TNTCO bernilai RM1,000 berserta pingat dan slot ke Kohai SEA.

Ketiga, RM800 dan baucar TNTCO RM1,000 berserta pingat dan slot ke Kohai SEA.

Tempat keempat mendapat RM500 berserta baucar RM1,000 dengan pingat dan slot ke Kohai SEA.

Bagi tempat kelima sehingga kelapan, mendapat baucar TNTCO RM500 dan slot ke Kohai SEA.

Acara ini akan dianjurkan secara dalam talian dan dihoskan oleh Kohai Esports.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook, TikTok, dan YouTube Kohai.

RELATED NEWS

+