“Pilih Vins sebab ada pengalaman dalam Todak,” – HomeBois

Dalam satu kenyataan media oleh Moonton pada Khamis, kesemua pasukan sudah pun mendaftarkan roster mereka bagi persiapan menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kelapan 13 Ogos ini.

Homebois antara pasukan yang mengetengahkan pemain Todak iaitu Vins.

“Vins antara support yang terbaik di Malaysia dan dia pun dari skuad Todak. Kita sedia maklum Todak adalah pasukan yang lalui banyak cabaran dan ada otai berpengalaman. 

“Jadi Vins akan main di role support musim ini,” kata Pengurus Homebois, Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar atau Avaaa.

Seperti yang kita tahu, Vins tak mempunyai kesempatan yang banyak untuk bermain bersama ahli pasukan Todak.

Menurut Avaa, Aul juga akan main pada musim liga namun masanya tidak menentu.

“Aul macam ‘angin monsun’, dia akan turun apabila dah tiba masanya,” katanya.

Di musim terdahulu, Aul muncul pada minggu akhir sekali gus memberikan kemenangan kepada HomeBois dan melayakkan mereka ke playoffs. Namun, tiada kelibat Aul pula di playoffs.

Avaaa berkata, HomeBois kini mempunyai jurulatih dan analisis dilakukan, banyak persiapan sudah dibuat menjelang MPL. Katanya, kalau ada rezeki, mereka menyasarkan untuk berada di kejohanan dunia, M3.

MPL MY musim kelapan akan memulakan musim liganya pada 13 Ogos ini, menampilkan 10 pasukan terbaik MLBB di Malaysia berentap merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM420,000).

RELATED NEWS

+