PlayStation Plus: Dapatkan For Honor & Hitman Secara Percuma Untuk Februari 2019

Pelanggan PlayStation Plus tentunya menanti-nantikan game apa yang bakal percuma pada setiap bulan. Untuk bulan Februari, PlayStation Asia berkongsi berita baik iaitu penyimpanan ‘cloud storage’ ditingkatkan dari 10GB ke 100GB di PS4. Cloud storage ini memerlukan sambungan Internet yang menyimpan data save game dalam akaun PS Plus.

Lebih-lebih lagi, senarai game percuma pada bulan ini amatlah mantap! Jom kita lihat game percuma yang korang boleh download mulai 7 Februari sehingga 6 Mac 2019.

  • For Honor (PS4)
  • Hitman – The Complete Season (PS4)
  • Hand of Fate (PS4)
  • Shake That Controller! (PS4)
  • Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots (PS3) – boleh download dari 7 Februari sehingga 9 Mac 2019
  • Net High (PS Vita) – boleh download dari 7 Februari sehingga 9 Mac 2019
  • The King of Fighters XIII – boleh download dari 7 Februari sehingga 9 Mac 2019

PlayStation Asia juga memberikan tawaran langganan tambahan 3 bulan untuk keahlian PS Plus 1 tahun bermakna korang dapat langganan selama 15 bulan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Kalau dapat banyak angpao itu, pastikan singgah-singgah ke jualan Tahun Baru Cina yang mempamerkan potongan diskaun seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Marvel’s Spider-Man, God of War, Assassin’s Creed Odyssey dan banyak lagi dalam tawaran eksklusif Tahun Baru Cina

Tawaran ini akan berakhir pada 12 Februari 2019 manakala korang sudah boleh mula download game percuma PS Plus sekarang sehingga 6 Mac 2019.

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+