Pelanggan PS Plus terima tiga permainan menarik pada bulan November

Bulan November tahun ini merupakan bulan pelancaran untuk konsol baharu PlayStation 5 (PS5). Oleh itu, Sony Interactive Entertainment (SIE) akan memperkenalkan permainan PS5 pertama yang boleh ditebus secara percuma oleh pelanggan PlayStation Plus (PS Plus) pada bulan depan bersama dua permainan PlayStation 4 (PS4).

Permainan PS5 tersebut ialah Bugsnax dan pelanggan PS Plus boleh mula menebus permainan tersebut pada 12 November ini. Jangan risau jika anda tidak merancang untuk membeli PS5 pada waktu terdekat kerana tawaran ini akan disediakan kepada pemilik PS5 sehingga 4 Januari 2021.

Selain daripada Bugsnax, pelanggan PS Plus yang memiliki PS5 juga boleh mengakses PlayStation Plus Collection yang mengandungi 20 permainan hebat dari generasi PS4 termasuk Bloodborne, God of War, dan Monster Hunter World.

Berikut adalah senarai permainan-permainan PlayStation Plus Collection:

  • Bloodborne
  • Days Gone
  • Detroit: Become Human
  • God of War
  • Infamous Second Son
  • Ratchet and Clank 
  • The Last Guardian
  • The Last of Us Remastered
  • Until Dawn
  • Uncharted 4: A Thief’s End
  • Batman: Arkham Knight
  • Battlefield 1
  • Call of Duty: Black Ops III – Zombies Chronicles Edition
  • Crash Bandicoot N. Sane Trilogy
  • Fallout 4
  • Final Fantasy XV Royal Edition
  • Monster Hunter: World
  • Mortal Kombat X
  • Persona 5
  • Resident Evil 7 Biohazard

Dua permainan percuma yang boleh ditebus oleh pelanggan PS Plus yang memiliki PS4 pula adalah Middle-earth: Shadow of War dan Hollow Knight: Voidheart Edition. Kedua-duanya boleh ditebus bermula dari 3 November hingga 30 November.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+