Days of Play: Langgan PlayStation Plus Setahun Dengan Harga RM90.30 & Nikmati Diskaun Sehingga 90 Peratus

Days of Play adalah acara tahunan bagi meraihkan pengguna PlayStation dengan tawaran diskaun sebanyak 90 peratus kepada koleksi game eksklusif PlayStation, 30 peratus diskaun untuk langganan PlayStation Plus satu tahun dan banyak lagi!

Tawaran ini juga bukan sahaja berada di PlayStation Store malah, korang boleh nikmati diskaun Days of Play di kedai-kedai game yang disahkan oleh PlayStation Asia. 

Diskaun game sehingga 90 peratus

Berikut adalah beberapa game PS4 terbaik yang korang tak boleh terlepas pandang dengan potongan harga gempak:

  • God of War – RM79 (harga fizikal) | RM 74.50 (harga digital)
  • Marvel’s Spider-Man – RM79 (harga fizikal) | RM84.50 (harga digital)
  • The Last of Us Remastered – RM59 (harga fizikal) |RM29.60 (harga digital)
  • Uncharted 4: A Thief’s End – RM59 (harga fizikal) |RM29.60 (harga digital)
  • Days Gone – RM189 (harga fizikal) | RM157.74 (harga digital)
  • Red Dead Redemption 2 – RM155.35 (harga digital)
  • FIFA 19 Ultimate Edition – RM147.60 (harga digital)
  • Detroit: Become Human – RM47.40 (harga digital)
  • Horizon Zero Dawn: Complete Edition – RM69.30 (harga digital)

Untuk tawaran ratusan game lain, korang boleh layari PlayStation Store di sini.

Langganan setahun PlayStation Plus serendah RM90

Selain itu, langganan PlayStation Plus untuk satu tahun juga mendapat potongan diskaun 30% dengan harga RM90.40 berbanding harga asal RM129. Buat pengetahuan korang, harga langganan PlayStation Plus bakal dinaikkan sebanyak RM30 menjelang 1 Ogos 2019

Jadi, kami mengesyorkan korang dapatkan langganan PlayStation Plus ini sekarang sebelum harganya naik sehingga mencecah RM169 kemudian.

PlayStation Plus memberikan game percuma pada setiap bulan seperti pada bulan Jun ini, pelanggan dapat muat turun Borderlands: The Handsome Collection dan Sonic Mania secara percuma serta boleh menyimpan save game PS4, PS3 dan PS Vita dalam satu server.

Days of Play sedang berlangsung bermula dari 7 Jun dan bakal berakhir pada 17 Jun 2019.

RELATED NEWS

+