PMPL: J8 Esports menang di Sanhok walaupun bulatan memihak kepada 8GMT

Perlawanan ketiga pada Minggu 1 Hari 4 Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG) Musim 2 berakhir dengan kemenangan J8 Esports di peta Sanhok.

Pertempuran di peringkat tiga pasukan terakhir menjadi sangat menarik kerana pasukan Singapura, 8GMT mendapat posisi yang sangat bertuah di mana mereka menempatkan diri di tengah-tengah bulatan dan juga mempunyai pertahanan bangunan.

Walaubagaimanapun, kelebihan mereka itu menjadi salah satu punca kekalahan kerana meraka dikepung dua penjuru oleh J8 Esports dan Kingsmen.

Pasukan Kingsmen disingkirkan dengan balingan bom tangan serta tembakan yang tepat daripada 8GMT dan juga J8 Esports. Selepas kekecohan itu, 8GMT tidak sempat berehat lalu terus diserang J8 Esports.

Ini merupakan Winner Winner Chicken Dinner kedua J8 Esports di PMPL MY/SG Musim 2 selepas mereka memenangi perlawanan ketiga semalam.

J8 Esports kini menduduki tempat ke-6 dengan 49 mata bunuh dan 91 jumlah mata. Hanya ada perbezaan 9 jumlah mata antara mereka dan Geek Fam yang sedang menduduki tempat ke-3.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+