PMPL: J8 Esports dapat WWCD pertama, tewaskan EVOS VIP pada saat akhir

EVOS VIP hampir mendapat Winner Winner Chicken Dinner pertama mereka di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile atau PMPL MY/SG Musim 2 tetapi peluang tersebut dirampas J8 Esports.

J8 Esports menang dengan mudah kerana hanya satu pemain EVOS VIP iaitu xSamZ yang masih hidup semasa mereka bertarung. Selepas kemenangan tersebut, mereka menduduki tempat ke-17 dengan 32 jumlah mata.

Team SMG, pemenang perlawanan pertama hari ini sekali lagi kecundang pada peringkat awal seperti dalam perlawanan kedua sebelum ini. Satu lagi pasukan hebat iaitu Team Secret juga masih belum mampu menunjukkan “taring” mereka.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Jom kita tengok siapa akan menjadi pemenang perlawanan terakhir hari ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+