PMPL: Yoodo Gank akhiri hari pertama dengan cemerlang

Balingan bom dari Fredo adalah tanda-tanda Yoodo Gank mendapatkan Chicken Dinner pertama dalam perlawanan terakhir hari pertama minggu satu PMPL MY/SG musim kedua yang berlangsung hari ini.

Di dalam kompaun dan juga bulatan terakhir, mereka bertembung dengan TRX Elementus namun dengan ahli pasukan ramai yang masih hidup, mereka maju ke depan dan melenyapkan TRX sementara Bosskurr hanya menunggu di luar bulatan untuk tewas sahaja.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000, mengumpulkan 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+