POCO X3 GT dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1,299

POCO semalam mengumumkan pelancaran peranti yang memfokuskan hiburan dan permainan mudah alih, POCO X3 GT.

POCO X3 GT didatangkan dengan skrin FHD+ bersaiz 6.6 inci DotDisplay dengan kadar segar semula 120Hz DynamicSwitch yang boleh berubah serendah 30Hz. Ia juga menyokong kadar sentuhan skrin 240Hz untuk pengalaman yang lebih lancar. Skrin ini diperkukuh dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus.

Peranti ini dijana cip pemproses Mediatek Dimensity 1100 5G dengan memori 8GB RAM dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Malah, dengan sistem operasi MIUI12.5 for Poco, peranti ini menyokong storan maya 2GB menjadikan RAM sehingga 10GB. POCO X3 GT dikuasakan dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas 67W.

Untuk kamera, POCO X3 GT didatangkan konfigurasi tiga kamera, termasuk 64MP kamera utama, 8MP lensa ultra lebar dan 2MP lensa makro. Manakala kamera hadapan adalah sebesar 16MP. Kamera peranti ini menyokong rakaman HDR pada kamera belakang dan hadapan.

Bagi audio, peranti ini dilengkapkan dengan pembesar suara dual yang disokong Dolby Atmos yang menawarkan pengalaman audio yang menyeluruh. Selain itu, ia juga menyokong cap jari sisi, sambungan dual sim 5G, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, NFC dan sistem penyejukan cecair LiquidCool Technology 2.0. 

Harga jualan rasmi di Malaysia adalah RM1,299 untuk varian 8/128GB dan RM 1,599 untuk varian 8/256GB, dengan pilihan warna Stargaze Black, Wave Blue atau Cloud White. Pembelian boleh dilakukan di kedai rasmi di Lazada.

Semperna pelancaran peranti ini, POCO X3 GT akan dijual pada harga RM1,199 untuk 8/128GB dan RM1,399 untuk 8/256GB bermula 3-4 Ogos. Bagi yang membeli variasi 256GB akan mendapat hadiah yang bernilai RM168 selagi stok masih ada. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman FB POCO Malaysia dan laman rasmi POCO

RELATED NEWS

+