Predator Helios 300 dan 700 menerima kemaskini dengan komponen Intel dan NVIDIA yang pantas

Komputer riba gaming berprestasi tinggi dari Predator iaitu Predator Helios kini menerima kemaskini model terbaru untuk Helios 700 dan Helios 300 dengan komponen Intel dan NVIDIA yang akan menambah baik lagi prestasi ketika bermain permainan bertaraf AAA.

Ia diumumkan ketika Acer Global Press Conference yang berlangsung sebentar tadi.

 

Predator Helios 700

Dalam pengumuman tersebut, Helios 700 akan mengekalkan panel 17 inci komputer riba ini dengan kadar segar semula 144-Hz IPS G-Sync. 

Malah, model terbaru menambah baik kemampuan pengurusan haba dengan teknologi Predator PowerGem bagi model yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i9 baru. Teknologi seperti Acer CoolBoost dan dua kipas AeroBlade 3D digunakan bagi sistem penyejukan lebih efisien.

Kemaskini ini juga turut menambah baik bahagian GPU. Ia menyertakan pilihan untuk kad grafik GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER. 

Ia menambahkan satu lagi port Thunderbolt 3. Ia juga dikemaskini dengan penambahan switch mekanikal MagTek untuk butang WASD tapi yang paling utama adalah papan kekunci HyperDrift boleh diregangkan ke bawah bagi menampakkan sistem penyejukan dan dengan kemampuan overclocking untuk meningkatkan prestasi.

 

Predator Helios 300

Untuk Helios 300 pula, ia akan hadir dengan kad grafik GeForce RTX 2070 dan paparan 15.6 inci HD penuh IPS dengan kadar segar semula 240 Hz. 

Paling menarik, pengalaman gaming dan prestasi secara menyeluruh dipertingkatkan dengan teknologi DTS:X Ultra Audio untuk audio menyeluruh 360 darjah spatial. Dengan fon kepala, ia membolehkan bunyi didengar secara logikal, sama ada jauh atau dekat dengan pengoptimuman pada genre permainan berlainan (strategi, RPG atau FPS).

Penyejukan pada komputer riba ini menggunakan kipas Aeroblade 3D yang mengurangkan bunyi dan melancarkan pergerakan haba ditambah lagi dengan CoolBoost.

Helios 300 dengan bingkai nipis ini menyokong sehingga 32GB DDR4 RAM  dan sehingga 2 TB hard drive.

Buat masa ini, belum ada tarikh rasmi bila model terbaru Helios 300 dan 700 ini akan menjengah pasaran kelak.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+