Stok PlayStation 5 akan kembali stabil pada 2024 – Sony

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Boleh dikatakan PlayStation 5 (PS5) adalah satu konsol lagenda yang sangat sukar untuk dijumpai.

Apa yang anda jumpa hanya kotak kosong namun tiada konsol yang dijual dan sentiasa tiada stok.

Permintaan untuk PS5 sangat tinggi tetapi bekalan yang ada sangat berkurangan.

Menurut PC Gamer, Sony menyedari mengenai masalah ini dan mengatakan masalah kekurangan stok ini akan kembali stabil pada tahun 2024.

Tahun lepas pula, satu dunia mempunyai masalah kekurangan cip dan masalah ini akan berlanjutan sehingga 2023.

Agak menyedihkan apabila beberapa peminat Sony perlu menunggu hampir empat tahun semata-mata untuk membeli konsol yang mereka mahu.

Berkemungkinan besar juga, PS5 Pro akan datang tidak lama lagi.

Rujukan: PC Gamer

RELATED NEWS

+