Stray buktikan kadang-kadang anda hanya mahu jadi seekor kucing ‘oyen’

Stray adalah permainan video baharu dimana anda menjadi seekor kucing.

Anda perlu menyelesaikan teka-teki, berjalan di dalam dunia urban dan cuba bersembunyi dari musuh yang kuat.

Lain dari permainan pengembaraan lain anda kali ini akan menjadi kucing bewarna oren.

Perspektif anda juga akan berubah kerana anda melihat dunia luar dari perspektif seekor kucing dan penceritaan yang penuh kegembiraan, sedih dan kadang-kadang ada sedikit seram.

Dalam Stray anda akan menjadi seekor kucing yang terpisah dari rakan kucingnya yang lain dan di dalam dunia bawah tanah yang penuh dengan populasi robot bukannya manusia.

Permainannya mudah anda hanya perlu ke atas semula untuk kembali.

Rakan seperjuangan anda adalah satu robot dron kecil digelar B12.

Anda juga akan belajar kehidupan seharian robot-robot yang anda jumpa.

Robot-robot dalam dunia ini juga akan mempunyai personaliti yang sama seperti manusia.

Stray review: "A phenomenal, if compact, feline adventure" | GamesRadar+

Permainan kucing ini juga ada menyentuh beberapa genre mengikut apa yang anda jumpa.

Paling penting anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka sebagai seekor kucing dari menjatuhkan benda, merosakkan barang dan mengiau untuk menarik perhatian.

Jumlah jam permainan untuk Stray adalah lebih kurang tujuh jam untuk dihabiskan.

Anda boleh membeli Stray untuk harga RM54 di Steam dan RM129 di pelantar PS4 dan PS5.

Kadang-kadang anda hanya mahu menjadi seekor kucing ‘oyen’.

RELATED NEWS

+