GANK menjadi penaja pakaian atlet e-sukan negara

Temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi Vietnam menyaksikan atlet negara akan mewakili Malaysia di dalam permainan peranti mudah alih.

Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) mengumumkan bahawa GANK.ASIA akan menjadi penaja rasmi baju atlet e-sukan negara ketika bootcamp dan latihan.

Pihak MyGameOn sempat menemu bual Kevin selaku Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) GANK. Dia berkata kualiti yang sama akan dijual kepada umum.

“Pakaian ini akan dijual kepada umum dengan kualiti yang sama dipakai oleh atlet e-sukan negara kita. Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia secara inklusif dengan menyarung pakaian ini sama seperti atlet e-sukan negara,” ujarnya.

Anda boleh mendapatkan kesemua pakaian dan pelitup muka ini sekarang kerana mereka sudah memulakan pra-jualan.

Pembelian yang dilakukan semasa tempoh pra-jualan ini akan dihantar pada awal bulan Mei ini.

Sumber: Gank

RELATED NEWS

+