PUBG: Dapatkan Kostum Horizon Zero Dawn Bermula 5 Mac Ini Di PlayStation 4

Sempena kolaborasi bersama PUBG Corporation dan Guerilla Games, mereka mengumumkan untuk membawa skins dari Horizon Zero Dawn ke PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) versi PlayStation 4.

Dari 5 Mac hingga 5 April, semua pemilik game PUBG di PlayStation 4 boleh mendapatkan kandungan percuma Horizon Zero Dawn dengan percuma apabila mereka log masuk dan penambahan kandungan lain boleh didapatkan apabila mereka menyiapkan cabaran di dalam game tersebut ataupun terus membeli secara terus.

Ini adalah senarai items dari Horizon Zero Dawn + PUBG:

Topeng Horizon Zero Dawn Eclipse

  • Main 10 perlawanan PUBG dalam tempoh event ini

Baju Horizon Zero Dawn Eclipse

  • Setiap pemain yang log masuk ketika tempoh event ini akan menerimanya

Senapang Kar98k Horizon Zero Dawn Eclipse 

  • Boleh dibeli dengan 8,000 BP

Kuali Leper Horizon Zero Dawn 

  • Pemain yang membunuh 10 musuh menggunakan crossbow dalam tempoh event ini akan menerima kuali leper.

Belum lagi ada PUBG di konsol PS4? Dapatkannya di pengedar rasmi PlayStation atau secara digital dengan harga RM111.

RELATED NEWS

+