realme akan lancarkan peranti pintar bertemakan Free Fire pada 18 Mei ini

Jenama telefon pintar, realme akan melancarkan peranti pintar mereka yang bertemakan Free Fire untuk pasaran Malaysia pada 18 Mei ini.

  

realme 9 Pro+ 5G ini disasarkan kepada golongan Gen-Z yang gemar bermain game di peranti pintar dan juga rekaan terkini. 

Sebelum ini, realme pernah berkolaborasi dengan IP popular lain seperti Dragon Ball, Spider-Man dan banyak lagi untuk tema peranti pintarnya. Ia menambahkan lagi keunikan dan kreativiti rekaan peranti pintar yang dilancarkan.

Difahamkan realme adalah jenama telefon pintar pertama yang akan melancarkan peranti pintar bertemakan Free Fire di skala global.

Jangan lupa tonton pelancaran secara langsung di FB realme Malaysia pada 18 Mei ini, jam 2 petang!

RELATED NEWS

+