Lagi satu Battle Royal kecundang – FFVII The First Soldier bakal ditutup

Battle Royale telah lama menjadi salah satu genre yang sentiasa keluar sehingga terlalu banyak dalam pasaran.

Setiap battle royale yang keluar pasti akan cuba untuk menjadi lebih unik daripada PUBG.

Final Fantasy VII The First Soldier yang merupakan permainan battle royale mudah alih versi Final Fantasy dengan kuasa magis dan summon.

Pengumuman ini dibuat secara rasmi di laman rasmi Facebook FFVII The First Soldier.

Permainan ini akan ditutup mulai 11 Januari 2023.

Punca penutupan permainan ini kerana permainan ini tidak berjaya mencapai kehendak syarikat.

FINAL FANTASY VII THE FIRST SOLDIER Teaser Trailer - YouTube

“Walaupun dengan usaha untuk mengeluarkan banyak kemas kini yang baru dan menarik, kami tidak dapat memberikan pengalaman terbaik seperti yang diinginkan.”

Masalah ini mungkin berpunca dari pelantar yang digunakan.

Konsep permainan juga sangat menarik dengan magic dan summon yang digunakan ketika berlawan.

Jika permainan ini boleh dimain di PC dan konsol mungkin lebih ramai lagi orang akan mencuba permainan ini.

 

RELATED NEWS

+