PUBG & Dota 2 Tetap Mengaut Pemain Tertinggi Di Steam Mengikut Graf Animasi Ini

Sejak Steam dilancarkan pada 2003, Valve menghasilkan sebuah gedung khas bagi game digital di PC. Pada tahun 2015, hampir 75% pasaran game PC digital didominasi oleh Steam dan kemudian, ia membuka ruang pembangunan ke PC seperti penggunaan controller, peranti VR (HTC Vive dan Oculus Rift) dan sebagainya. Setakat ini, Steam mempunyai lebih daripada 150 juta pendaftar serta 18.5 juta pengguna aktif pada 2018.

Meskipun Steam telah wujud lebih dari sedekad dengan pelbagai rantaian game PC menarik dilancarkan, citarasa pemain di Steam hampir tidak berubah menurut kepada visual graf yang memaparkan 15 game yang mempunyai rekod pemain tertinggi sepanjang tahun 2015 sehingga 2018 seperti yang ditonjolkan oleh pengguna gfycat, TheKarmaFiend di bawah:

Pada awalnya, graf ini menunjukkan Dota 2 menawan hati kebanyakkan pemain Steam diikuti oleh Counter Strike: Global Offensive (CS:GO). Pada tahun 2017, graf ini menunjukkan kenaikkan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) secara perlahan sehinggalah game battle royale terus pecut berada di tangga pertama meninggalkan dua game multiplayer dibangunkan oleh Valve.

Antara game yang selalu bersaing dalam carta ini adalah Warframe, Grand Theft Auto V, Rocket League dan setiap versi game simulasi pengurusan bola sepak, Football Manager dari tahun 2015 – 2018. Yang mengejutkan lagi, Team Fortress 2 (dilancarkan pada 2007) serta Garry’s Mod (dilancarkan pada 2004) iaitu kedua-dua game dihasilkan sebagai mod¬†masing-masing bagi Quake dan Half-Life 2 masih popular dimainkan sehingga sekarang.

Di akhir graf, hanya Monster Hunter: World dan Football Manager 2019 adalah game PC terkini iaitu baru dilancarkan pada tahun lepas yang paling ramai dimainkan.

Kalau mata korang tajam, sila lihat bagaimana prestasi No Man’s Sky yang dikeluarkan pada 2016 dalam graf ini. Sekali sahaja korang kelip mata, terus hilang. Untuk saksikan graf asal dengan terperinci, korang boleh tonton video ini di YouTube.

Adakah game kegemaran korang di Steam masih lagi terus bertahan dalam carta ini? Jom kongsikan bersama kami.

RELATED NEWS

+